Cari:
Najib Puas Hati Persiapan Sidang Kemuncak ASEAN 2015
2014-12-14 16:11:03 Agensi Berita Xinhua China Cetak

NAJIB TUN RAZAK melakukan lawatan tapak di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) semalam sebagai persiapan Malaysia menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak ASEAN Ke-26. Persidangan tersebut dijadualkan berlangsung pada April 2015. Turut kelihatan Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin (kiri).

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan rasa puas hatinya dengan persiapan yang sedang berjalan untuk Malaysia menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak ASEAN ke-26 tahun depan.

Sidang itu akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 26 dan 27 April.

Demikian dinyatakan oleh Ketua Lojistik Sekretariat ASEAN 2015, Datuk K. Ilankovan berkata, sidang itu merupakan acara pertama diadakan selepas Malaysia mengambil alih jawatan pengerusi ASEAN bermula 1 Jan tahun depan daripada Myanmar.

Beliau berkata, persiapan termasuk penubuhan sekretariat lojistik khas demi menentukan perancangan dan pelaksanaan berjalan lancar.

Ilankovan berkata, Najib juga mengarahkan sekretariat itu menyediakan Majlis Jamuan Gala yang impresif bagi menonjolkan kelebihan unik Malaysia sebagai sebuah pusat pasaran multinasional ASEAN.

(sumber dari BERNAMA)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China