Cari:
Pakar Bincang Pembentukan Komuniti Undang-Undang China, Asia Tenggara, Asia Selatan
2014-12-22 17:08:38 CRI Cetak

Lebih 110 orang pakar undang-undang tempatan dan asing semalam berhimpun di Tengchong, provinsi Yunnan China untuk menghadiri Rundingan Kerjasama Undang-Undang China, Asia Tenggara dan Asia Selatan yang diadakan serentak dengan Seminar Undang-undang Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21.

Mereka membincangkan peranan penting undang-undang bagi membimbing, menjamin dan mendorong hubungan antarabangsa dan serantau serta hubungan antara pelbagai negara, selain usaha untuk menubuhkan komuniti undang-undang China, Asia Tengara dan Asia Selatan.

Seminar ini bertujuan membincangkan bagaimana menggunakan undang-undang bagi menggalakkan pembangunan Laluan Sutera Maritim, serta meningkatkan pertukaran dan kerjasama dalam kalangan pengamal undang-undang antara China, Asia Tenggara dengan Asia Selatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China