Cari:
Negara Asia Tenggara Naikkan Gaji Minimum Pekerja
2014-12-25 14:49:40 CRI Cetak

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, kerajaan pelbagai negara Asia Tenggara masing-masing menaikkan gaji minimum pekerja negara sendiri. Statistik berkenaan menunjukkan bahawa kadar gaji bulanan minimum di Indonesia, Vietnam dan Kemboja pada tahun 2015 telah meningkat 20%-30% berbanding tahun 2014.

Sebagai contoh, industri pakaian merupakan sektor utama dalam pengeksportan Kemboja, iaitu mencakupi lebih 80% daripada jumlah pengeksportan Kemboja. Jumlah pekerja yang terlibat dalam industri pakaian di Kemboja mencatat kira-kira 600 ribu orang. Sekarang terdapat banyak kilang dan syarikat pakaian berjenama antarabangsa di Kemboja, antaranya termasuk kilang yang dilaburkan oleh syarikat China. Pada bulan November yang lalu, wakil-wakil kerajaan, pengilang dan kesatuan sekerja Kemboja telah meluluskan persetujuan untuk menaikkan gaji minimum pekerja industri pakaian daripada USD 100 kepada USD 128. Namun, pengilang dan kesatuan sekerja berasa kecewa terhadap keputusan yang dicapai tersebut kerana pengilang menganggap kadar gaji itu terlalu tinggi, manakala pihak kesatuan sekerja pula berpendapat kadar gaji itu jauh berbeza dengan sasaran mereka, iaitu USD 160.

Kerajaan Vietnam memutuskan pada bulan lalu akan menaikkan gaji minimum pekerja dengan kadar purata 15% pada tahun 2015 berbanding tahun 2014. Perdana Menteri Veitnam telah meluluskan rancangan penyusunan semula kadar gaji minimum yang diserahkan oleh Jawatankuasa Gaji Negara. Kadar gaji baharu akan dilaksanakan pada 1 Januari tahun 2015.

Menurut rancangan itu, gaji minimum pekerja di banadr Hanoi dan Ho Chi Minh akan dinaikkan 14.8% berbanding tahun 2014, iaitu sebanyak VND 3.1 juta sebulan (kira-kira RMB 889).

Vietnam dan Kemboja masing-masing menaikkan kadar gaji pekerja swasta berikutan perkembangan ekonomi pesat di negara tersebut. Menurut teori ekonomi, inflasi akan berlaku ketika ekonomi berkembang, serentak itu harga barangan juga akan meningkat. Sehubungan ini, golongan rakyat akan menyeru agar wang gaji mereka dinaikkan. Maka, kerajaan akan mempertimbangkan peningkatan pemberian gaji demi memenuhi tuntutan rakyat.

Sesetengah media dan syarikat Barat berpendapat, setelah kadar gaji minimum dinaikkan, kos syarikat pelaburan asing turut akan meningkat pada masa terdekat. Sebenarnya, oleh sebab kadar gaji pekerja amat rendah di negara Asia Tenggara terutamanya di Kemboja dan Vietnam pada masa ini, maka walaupun gaji pekerja dinaikkan, jumlah gaji mereka tetap tidak tinggi, syarikat pelaburan asing juga dapat memperoleh keuntungan. Selain itu, tindakan menaikkan gaji akan merangsang penggunaan dan terus menggalakkan pembangunan ekonomi tempatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China