Cari:
Banjir yang Dahsyat Melanda Malaysia
2014-12-30 13:26:20 CRI Cetak

Menurut media tempatan Malaysia, lapan daripada 13 buah negeri di seluruh Malaysia telah mengalami bencana banjir, antaranya negeri Kelantan, Pahang dan Terengganu dilanda bencana paling teruk. Setakat semalam, seramai 216 ribu mangsa banjir telah ditempatkan di beratus-ratus pusat pemindahan.

Pihak tentera Malaysia telah mengerahkan lebih 5 ribu anggota tentera untuk menjalankan misi menyelamat. Selain itu, jabatan kerajaan dan pelbagai lapisan masyarakat juga mengambil bahagian dalam operasi menyelamat mangsa. Menurut jangkaan peringkat awal, bencana banjir kali ini telah mengakibatkan kerugian ekonomi mencecah 4.1 bilion ringgit.

Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Tun Razak, kelmarin meminta semua menteri yang sedang bercuti di luar negara segera kembali ke tanah air untuk menyertai operasi menyelamat. Kerajaan Malaysia telah mengumumkan untuk membatalkan beberapa aktiviti sambutan tahun baharu yang dijadualkan diadakan di Putrajaya dan Kuala Lumpur.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China