Cari:
Bangkai Kapal Terbang AirAsia Ditemukan
2014-12-30 16:50:26 CRI Cetak

Pusat Mencari dan Menyelamat Negara Indonesia mengumumkan hari ini bahawa objek yang terapung-apung di kawasan perairan yang berhampiran dengan Kalimantan Barat adalah kepunyaan pesawat AirAsia QZ 8501 yang hilang.

Dalam sidang media petang tadi, petugas jabatan tersebut, Bambang Sulistyo menyatakan bahawa penyelamat di kawasan perairan berkenaan telah menemui pintu pesawat dan beberapa objek lain serta jasad mangsa. Menurut beliau, kedalaman kawasan perairan nahas itu adalah antara 25 hingga 30 meter. Pihaknya akan mengerahkan semua tenaga SAR ke kawasan itu untuk menjalankan operasi SAR.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China