Cari:
Operasi SAR Pesawat AirAsia Dihentikan Akibat Cuaca Buruk
2014-12-31 14:09:12 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Oleh sebab keadaan cuaca buruk, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dihentikan buat sementara pada malam 30 Disember lalu dan akan disambung semula sekiranya keadaan mengizinkan. Dalam pada itu, Presiden Indonesia, Joko Widodo dalam sidang medianya menyatakan bahawa misi utama buat masa ini adalah untuk menyelamatkan mangsa. Beliau meminta penyelamat berkenaan berusaha sedaya upaya melakukan misi tersebut.

Pengurus Pusat Mencari dan Menyelamat Negara Indonesia, Henry Bambang Soelistyo berkata, keadaan cuaca tidak baik di kawasan perairan pesawat QZ8501 terhempas berikutan gelombang setinggi dua hingga tiga meter menyebabkan operasi SAR terpaksa dihentikan seketika. Selepas gelombang reda, operasi SAR akan diteruskan.

Beliau berkata, kini terdapat tiga kapal sedang menjalankan operasi SAR di perairan berkenaan. Indonesia telah menghantar 14 orang penyelam uintuk mencari dan menyelamat mangsa. Selain itu, tiga buah kapal perang, dua buah kapal pengesan Indonesia serta tiga buah kapal Singapura masing-masing tiba di perairan tersebut pada malam 30 Disember dan pagi 31 Disember ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China