Cari:
China dan Kemboja Bincang Perkembangan Hubungan Dua Hala Pada Masa Depan
2014-12-31 14:12:39 CRI Cetak

Sidang ke-2 Jawatankuasa Penyelarasan antara Kerajaan China dengan Kemboja diadakan di Phnom Penh semalam. Sidang itu dipengerusikan bersama oleh Ahli Dewan Negara China, Yang Jiechi dan Timbalan Perdana Menteri Kemboja merangkap Menteri Hal Ehwal Luar dan Kerjasama Antarabangsa, Hor Nam Hong. Sidang itu telah menyimpulkan hasil kerjasama yang dicapai sejak sidang jawatankuasa kali pertama diadakan hingga sekarang dan membuat perancangan untuk mengembangkan hubungan bilateral dan kerjasama dalam pelbagai bidang pada masa depan.

Yang Jiechi menyatakan bahawa memandangkan situasi sekarang, China dan Kemboja perlu melaksanakan persepakatan yang dicapai pemimpin kedua-dua negara melalui mekanisme jawatankuasa penyelarasan ini untuk terus menaiktaraf kerjasama strategik yang menyeluruh supaya dapat memberikan faedah kepada pembaharuan dan pembangunan negara masing-masing. China bersedia bersama-sama dengan Kemboja memberikan sumbangan yang lebih besar kepada perkembangan hubungan China-ASEAN.

Hor Nam Hong menyatakan bahawa Kemboja menyanjung tinggi gagasan yang dikemukakan China termasuk pembangunan "Kawasan Ekonomi Jalan Sutera" dan "Laluan Sutera Maritim Abad ke-21" (OBAOR) serta langkah membina Tabung Jalan Sutera dan Bank Pelaburan Infrastruktur Asia. Kemboja bersedia berusaha bersama-sama dengan China untuk melaksanakan rancangan kerjasama yang lebih baik pada tahun depan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China