Cari:
Mayat Mangsa QZ8501 Kumpulan Pertama Dihantar ke Surabaya
2015-01-01 11:52:58 CRI Cetak

Menurut pasukan penyelamat Indonesia, ekoran cuaca yang kurang baik, operasi mencari dan menyelamat pesawat AirAsia QZ8501 berjalan kurang lancar. Setakat semalam waktu tempatan, tujuh mayat telah dihantar ke Surabaya untuk dikenal pasti di rumah sakit tempatan sebelum diserahkan kepada anggota keluarga mangsa.

Ketua Pengarah Pejabat Pencarian dan Penyelamatan Provinsi Jawa Timur Indonesia, Moch. Hernanto menyatakan bahawa cuaca di kawasan perairan tempat pesawat terhempas kini amat buruk sehingga menyebabkan usaha pencarian menghadapi kesukaran.

Pegawai dari Pusat Krisis AirAsia pula menyatakan bahawa pusat tersebut akan dipindahkan ke Rumah Sakit Polis kerana mayat-mayat mangsa akan terus dihantar ke sana.

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon semalam telah menyampaikan ucapan takziah kepada anggota keluarga mangsa pesawat QZ8501, kerajaan dan rakyat Indonesia. Ban Ki-moon sentiasa memberikan perhatian kepada kemajuan pencarian pesawat tersebut. Di samping itu, beliau juga mengucapkan terima kasih kepada negara-negara yang terlibat atas kerjasama mencari pesawat tersebut dengan pantas dan efisien.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China