Cari:
Kerugian Ekonomi Malaysia Akibat Banjir Cecah RM4.12 Bilion
2015-01-02 13:13:50 CRI Cetak

Menurut laporan media tempatan Malaysia, bencana banjir yang melanda pantai timur negara itu telah memberikan tamparan hebat kepada ekonomi negara. Kerugian itu dijangka mencecah RM4.12 bilion yang merupakan 0.42% Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun 2014.

Penganalisis berpendapat bahawa negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak yang mengalami bencana banjir yang paling serius adalah kawasan pengeluar utama minyak sawit. Pengeluaran di negeri-negeri tersebut meliputi 30% jumlah pengeluaran di seluruh Malaysia. Bencana banjir bukan sahaja mengakibatkan buah kelapa sawit tidak dapat dituai, tetapi juga menjejaskan secara tidak langsung pengangkutan dan penapisan minyak. Keadaan ini mengakibatkan bekalan minyak sawit berkurangan pada bulan Disember tahun 2014 dan awal tahun ini.

Setakat ini, jumlah mangsa banjir telah mencecah 220 ribu orang. Oleh sebab hujan lebat masih berterusan, kerugian yang diakibatkan oleh bencana banjir dijangka akan meningkat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China