Cari:
Dua Serpihan Besar Pesawat AirAsia Ditemukan
2015-01-03 14:40:51 CRI Cetak

Ketua Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) Indonesia, Bambang Soelistyo memaklumkan bahawa pihaknya telah berjaya menemukan dua objek besar dipercayai bahagian utama pesawat AirAsia QZ8501 yang terhempas di Laut Jawa pada Ahad lalu.

Dalam sidang media hari ini, Soelistyo berkata, seiring dengan minyak dan dua objek berkenaan ditemukan, boleh mengenal pasti itulah bahagian pesawat QZ8501 yang mereka sedang mencari.

Menurut beliau, satu serpihan yang lebih besar itu kira-kira sepanjang 10 meter dan lebernya lima meter. Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) telah dikerah untuk menurunkan kenderaan dalam air kawalan jauh (ROV) bagi mendapatkan visual objek itu di dasar laut pada kedalaman 30 meter. Namun, aliran air di kawasan perairan itu terlalu cepat yang mengakhibatkan kesukaran kepada kerja itu.

Sekarang terdapat 29 buah kapal dan 17 buah pesawat sedang menyertai operasi SAR di kawasan perairan Laut Jawa.

Selain itu, setakat malam semalam, 30 mayat telah ditemukan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China