Cari:
PKFZ Diharap Jadi Jambatan Perdagangan China, Malaysia
2015-01-08 14:11:47 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ) Malaysia diharap akan dapat menjadi jambatan dalam pertukaran dan kerjasama perdagangan antara China dengan Malaysia.

Demikian dinyatakan oleh Menteri Penasihat Ekonomi Kedutaan Malaysia di China, Ong Chong Yi, ketika membuat tinjauan di PKFZ baru-baru ini.

Ong berharap Pusat Perdagangan Antarabangsa dan Industri Halal di PKFZ dapat memainkan peranan yang lebih penting dalam perdagangan antara China dengan Malaysia, sekali gus menggalakkan perkembangan syarikat China di Malaysia dan memangkin kerjasama dalam situasi menang-menang antara syarikat kedua-dua negara.

Kerja-kerja menyiapkan PKFZ dilaporkan telah selesai secara menyeluruh dan usaha menarik para pelabur sedang giat dijalankan pada ketika ini. Pusat Perdagangan Antarabangsa dan Industri Halal di PKFZ diyakini akan menjadi pilihan terbaik bagi syarikat China melabur ke luar negara, di samping menyumbang kepada pembinaan Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China