Cari:
Serangan Letupan Bom Kereta di Zamboanga, Filipina
2015-01-24 14:55:39 CRI Cetak

Sekurang-kurangnya seorang terbunuh, manakala 40 orang lagi cedera dalam serangan letupan bom kereta yang berlaku di bandar Zamboanga, selatan Filipina petang semalam.

Menurut pegawai polis tempatan, serangan itu berlaku pada kira-kira pukul 3.15 di hadapan sebuah bar berhampiran satu terminal bas. Letupan bom turut menyebabkan sesetangah bangunan di situ musnah.

Pihak polis tempatan sedang menjalankan siasatan terhadap jenis bom serta motif melancarkan serangan tersebut. Setakat ini, masih belum terdapat sebarang pertubuhan atau individu menyatakan bertanggungjawab atas serangan tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China