Cari:
Pertandingan Nyanyian Piala Duta Besar di Phnom Penh
2015-01-26 13:48:16 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Duta Besar China ke Kemboja, Puan Bu Jianguo (kiri) dan Timbalan Setiausaha Negara Kementerian Pendidikan, Belia dan Sukan Kemboja, Lav Chihiv Eav (kanan) menghadiri pertandingan kali ini.

Pertandingan Akhir Nyanyian Lagu Bahasa Mandarin Piala Duta Besar diadakan di Pusat Budaya China di Phnom Penh, Kemboja pada 25 Januari lalu. Para pemimpin dan perwakilan dari China dan Kemboja, termasuk Duta Besar China ke Kemboja, Puan Bu Jianguo dan Timbalan Setiausaha Negara Kementerian Pendidikan, Belia dan Sukan Kemboja, Lav Chhiv Eav turut menghadiri aktiviti tersebut.

Bu Jianguo dalam ucapannya berkata, Kedutaan Besar China di Kemboja sentiasa mengutamakan usaha untuk menggalakkan pertukaran kebudayaan antara kedua-dua negara. Pertandingan seumpama ini diharap dapat menjadi wadah bagi rakyat Kemboja untuk mengenali budaya China.

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China