Cari:
Dialog Ekonomi China-Indonesia
2015-01-27 13:34:30 CRI Cetak

Mesyuarat pertama Dialog Ekonomi Peringkat Tinggi China-Indonesia yang diadakan di Beijing semalam, dipengerusikan bersama-sama oleh Ahli Dewan Negara, Yang Jiechi dan Menteri Koordinator Ekonomi Indonesia, Sofyan Djalil.

Dalam mesyuarat tersebut, para pemimpin membincangkan pelaksanaan persepakatan yang telah dicapai serta bertukar-tukar pendapat mengenai kerjasama ekonomi dan pelaburan.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kerjasama ekonomi antara China dengan Indonesia telah membuahkan hasil yang memuaskan. Gagasan membangunkan Laluan Sutera Maritim Abad ke-21 yang dikemukakan oleh Presiden Xi Jinping mempunyai persamaan dengan gagasan Presiden Joko Widodo untuk menjadikan Indonesia gergasi maritim. Hal ini turut mendorong kerjasama pragmatik serta perkongsian strategik komprehensif antara kedua-dua pihak.

Yang Jiechi berkata, tahun ini merupakan ulang tahun ke-65 hubungan diplomatik China-Indonesia. Kedua-dua negara patut memanfaatkan peluang ini untuk terus meningkatkan perdagangan serta kerjasama dalam pelbagai bidang, khususnya infrastruktur dan kuasa elektrik.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China