Cari:
China Harap Pelaburannya di Myanmar Dilihat Objektif
2015-01-30 15:12:48 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Pihak-pihak terlibat diharap dapat melihat pelaburan syarikat China di Myanmar secara adil dan objektif. Dalam pada itu, China berharap agar Myanmar dapat menjamin hak dan kepentingan syarikat-syarikat China yang berkenaan.

Demikian yang disampaikan oleh jurucakap Kementerian Perdagangan China, Shen Danyang semalam mengenai laporan media barat yang mendakwa semakin banyak suara-suara yang menentang pelaburan China di Myanmar.

Shen berkata, Myanmar sentiasa menjadi tumpuan pelaburan bagi syarikat China, manakala China merupakan sumber modal asing yang penting bagi Myanmar. Pelaburan syarikat-syarikat China turut menyumbang kepada pembangunan ekonomi, penyediaan peluang pekerjaan dan peningkatan kutipan cukai Myanmar.

Beliau menyatakan bahawa kerajaan China juga meminta syarikat-syarikatnya mematuhi undang-undang dan peraturan Myanmar ketika menjalankan pelaburan di negara itu, di samping mengutamakan perlindungan alam sekitar ekologi dan menghormati adat resam tempatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China