Cari:
Sumbangan Perdagangan China-ASEAN Meningkat
2015-01-30 17:50:32 CRI Cetak

Menurut Laporan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) bagi suku keempat tahun 2014 yang dikeluarkan hari ini, perdagangan China-ASEAN mencatat 11.16% perdagangan luar China pada tahun 2014, meningkat berbanding dengan 10.66% pada tahun 2013.

Menurut laporan tersebut, perdagangan China-ASEAN terus meningkat pada tahun 2014 dan mencecah USD 480.394 bilion, iaitu meningkat 8.3%.

Tiga rakan dagangan terbesar China dalam kalangan negara ASEAN ialah Malaysia, Vietnam dan Singapura pada tahun 2014. Dalam pada itu, Vietnam mencatat import paling banyak dari China, diikuti Singapura dan Malaysia. Manakala Malaysia pula mencatat eksport paling banyak ke China.

Selain itu, lima negara ASEAN yang paling banyak menarik pelaburan China ialah Singapura, Indonesia, Laos, Kemboja dan Vietnam.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China