Cari:
Negara Luar Rantau Diharap Jangan Campur Tangan Isu Laut China Selatan
2015-01-31 14:57:17 Agensi Berita Xinhua China Cetak
China dan negara anggota ASEAN sentiasa mengekalkan hubungan kejiranan yang baik. Negara-negara di luar rantau diharap jangan campur tangan dalam hal-ehwal Laut China selatan untuk menggugat hubungan negara yang lain sehingga mencetuskan ketegangan situasi serantau.

Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying berkata demikian di Beijing semalam sebagai respons terhadap AS mengalu-alukan Jepun memperluaskan keluasan perairan misi rondaan di Laut China Selatan untuk bersaing dengan peningkatan kekuatan angkatan luat China.

Hua berkata, China dan negara anggota ASEAN sekarang komited untuk melaksanakan  

Deklarasi Tatalaku Pihak Pihak Berkaitan Dengan Laut China Selatan (DOC) secara komprehensif dan berkesan di samping menggalakkan rundingan berhubung Kod Tatalaku di Laut China Selatan (COC). Dengan usaha bersama pelbagai pihak terlibat, rundingan tersebut telah mencapai kemajuan yang positif.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China