Cari:
China Tidak Pernah Hentikan Usaha Cari MH370
2015-01-31 14:25:03 CRI Cetak

Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Malaysia mengisytiharkan kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 sebagai nahas dan mengorbankan semua 239 penumpang dan anak kapal pada 29 Januari lalu. Dalam tempoh 327 hari sejak pesawat itu diisytiharkan hilang hubungan pada 8 Mac 2014 hingga kehilangan pesawat itu diisytiharkan sebagai satu kemalangan, kerajaan dan jabatan berkenaan China tidak pernah menghentikan usaha mencari pesawat itu serta menyelaraskan usaha pelbagai kalangan masyarakat untuk menyediakan bantuan kepada ahli keluarga mangsa pesawat MH370.

Menurut Naib Ketua Jabatan Penyelarasan Pusat Pimpinan Mencari dan Menyelamat(SAR) Maritim China, Wang Hongyong, sejak 10 Mac tahun 2014, pakar SAR China sentiasa dihantar untuk menyertai operasi pencarian yang diketuai Pusat Koordinasi Agensi Bersama(JACC) Australia.

Dalam tempoh hampir setahun, China menggunakan 21 buah satelit, mengerahkan 19 kapal dan 13 buah pesawat yang melibatkan 2,500 orang dalam operasi SAR tersebut. Selain itu, China juga menghantar pakar untuk menyertai siasatan kemalangan itu.

Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying menyatakan bahawa China berharap pihak Malaysia menepati janjinya, memberikan pampasan dan bantuan kepada keluarga mangsa pesawat serta meneruskan pencarian dan penyiasatan, dan memastikan kemajuan siasatan dimaklumkan kepada ahli keluarga mangsa dengan serta merta.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China