Cari:
Yang di-Pertuan Agong Malaysia: Kecemerlangan Pentadbiran Kerajaan Perlu Diteruskan
2015-02-01 15:28:47 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bertitah Malaysia perlu meneruskan kecemerlangan pentadbiran Wilayah Persekutuan bagi menjamin kesejahteraan dan kemakmuran rakyat.

Beliau berkata demikian pada majlis istiadat pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan bersempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan di Istana Negara hari ini.

Seri Paduka bertitah kecemerlangan pentadbiran penting kerana keadaan ekonomi peringkat global pada tahun 2015 mungkin meruncing berikutan penurunan harga minyak di seluruh dunia, yang akan memberi impak langsung ke atas ekonomi Malaysia. Halim turut mengucapkan tahniah kepada pentadbiran di bawah pimpinan Najib kerana kecemerlangan mereka dalam merancang pembangunan dan mengurus pentadbiran di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan.

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut serta dalam majlis tersebut.

(Sumber dari BERNAMA)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China