Cari:
QZ8501: Indonesia Sambung Operasi Mencari Mangsa
2015-02-02 12:49:28 CRI Cetak

Pasukan menyelamat Indonesia semalam meneruskan operasi mencari baki 86 lagi mangsa nahas pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang masih hilang.

Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (BASARNAS), Bambang Soelistyo menyatakan bahawa operasi berkenaan sudah disambung semula. Fokus operasi pada ketika ini adalah untuk mencari mayat yang masih terperangkap di dalam pesawat atau terbenam dalam lumpur.

Menurut beliau, sehingga kini, 76 mayat berjaya ditemukan sejak pesawat itu terhempas di Laut Jawa ketika dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura pada 28 Disember lalu. Pasukan mencari dan menyelamat diberikan dua hari rehat minggu lalu berikutan cuaca yang buruk dan jarak penglihatan yang terhad. ( Sumber dari Berita Harian)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China