Cari:
Jokowi Mulakan Lawatan Rasmi Tiga Hari
2015-02-06 11:20:10 CRI Cetak

Presiden Indonesia, Joko Widodo, memulakan lawatan rasmi selama tiga hari ke Malaysia semalam.

Lawatan rasmi itu disifatkan sebagai sungguh bermakna dalam konteks hubungan negara anggota rantau Asia Tenggara, tambahan pula Malaysia merupakan Pengerusi ASEAN tahun ini.

Jokowi akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya hari ini bagi membincangkan pelbagai isu, terutamanya yang melibatkan hubungan dua hala negara yang berjiran itu.

Antara perkara utama yang dijangka dibincangkan adalah isu sempadan maritim dan darat, tenaga kerja Indonesia di Malaysia serta usaha-usaha meningkatkan kerjasama ekonomi kedua-dua negara.

Selepas mengadakan pertemuan dengan Najib, Jokowi dijadualkan me­nunaikan solat Jumaat di Masjid Putra, Putrajaya dan selepas itu beliau akan ke Shah Alam untuk melawat ke kilang pengeluar kereta nasional, Proton. (sumber Utusan Online)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China