Cari:
Jokowi Berlepas ke Brunei
2015-02-07 14:44:08 CRI Cetak

Presiden Indonesia, Joko Widodo berlepas ke Brunei Darussalam pagi tadi selepas menamatkan lawatan rasmi ke Malaysia sejak Khamis lalu.

Antara hasil lawatan itu ialah pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara Proton Holdings Bhd. dengan PT Adiperkasa Citra Lestari (PT ACL) dari Indonesia semalam bagi membantu syarikat itu membangunkan dan mengeluarkan kereta nasional Indonesia.

Selain itu, isu-isu yang dipersetujui kedua-dua pemimpin negara itu dalam pertemuan di Putrajaya semalam adalah untuk mewujudkan duta khas bagi mengadakan rundingan penerokaan bagi persempadanan maritim, hanya satu saluran digunakan bagi pengambilan pembantu rumah Indonesia dan mewujudkan Sekolah Indonesia di Sarawak, yang bakal memberi pendidikan anak-anak pekerja Indonesia di negara itu.

(sumber Berita Harian)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China