Cari:
Laluan Pelayaran Qinzhou-Kuantan Dimulakan
2015-02-09 14:45:57 CRI Cetak

Laluan pelayaran kontena pelabuhan Qinzhou China dengan pelabuhan Kuantan Malaysia dimulakan semalam. Operasi laluan itu menyediakan perkhidmatan logistik untuk Taman Perindustrian Qinzhou China-Malaysia dan Taman Kuantan Malaysia-China.

Kapal Bintang Beibu yang melakukan pelayaran tersebut merupakan kapal pertama dalam pelayaran terus antara China dengan Malaysia. Berat kapal tersebut 9,960 tan dan boleh membawa 399 penumpang dan kontena seberat 161 TEU (bersamaan dengan 20 kaki).

Operasi laluan pelayaran tersebut akan menggalakkan hubungan perdagangan Zon Ekonomi Beibu dengan Zon Ekonomi Khas di pantai timur Malaysia, dan meningkatkan kedudukan pelabuhan Teluk Beibu sebagai Pusat Pelayaran Antarabangsa China-ASEAN.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China