Cari:
Malaysia Bincang Isu IS dengan Indonesia, Singapura
2015-02-10 12:40:31 CRI Cetak

Isu keselamatan serantau, terutama ancaman kumpulan militan Negara Islam (IS) merupakan perkara yang dibincangkan dalam pertemuan antara pimpinan tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tentera Nasional Indonesia (TNI) dan Tentera Singapura hari ini.

Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, perbincangan itu penting memandangkan IS adalah ancaman merentasi sempadan yang dihadapi kesemua negara ASEAN, justeru kerjasama lebih erat termasuk pertukaran maklumat risikan perlu dilaksanakan.

Beliau berkata, dunia tanpa sempadan ini memerlukan kerjasama lebih erat dan perkongsian risikan merupakan contoh perkara yang jauh lebih bernilai daripada keperluan aset yang hanya boleh dilaksanakan sekiranya ada ketelusan serta keikhlasan.

--Utusan

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China