Cari:
Malaysia: Mampu Tangani Ancaman IS
2015-02-14 15:08:37 CRI Cetak

Kerajaan Malaysian beryakinan dapat menangani ancaman kumpulan militan Negara Islam (IS) menerusi perkongsian maklumat dan kerjasama erat antara negara-negara ASEAN.

Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sebagai sebuah rantau yang telah diuji dengan pelbagai tragedi dan isu seperti kehilangan pesawat serta pertikaian di Laut China Selatan, ancaman kumpulan militan itu boleh dihadapi melalui perkongsian maklumat bersama.

Beliau berkata, kumpulan militan tersebut bukan sahaja boleh memberi ancaman kepada Malaysia malah mampu mengganggu-gugat seluruh rantau Asia Tenggara sekiranya tidak dibendung dari awal.

Hishammuddin berkata, ancaman IS berbeza dengan keganasan yang lain seperti al-Qaeda dan Jemaah Islamiah (JI). Ini merupakan fenomena baharu yang terpaksa dihadapi tetapi tidak unik kepada Malaysia.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan sesi perbinca­ngan Makmal Transformasi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) hari ini.

--Utusan

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China