Cari:
"Sungai Hongbao" Dirasmikan di Singapura
2015-02-18 11:27:12 CRI Cetak

Aktiviti "Sungai Hongbao" yang sentiasa diadakan di Singapura untuk merayakan Tahun Baharu Cina pada setiap tahun telah dirasmikan semalam. Pemangku Perdana Menteri Singapura, Teo Chee Hean, telah menyaksikan upacara menyalakan tanglung dalam majlis perasmian tersebut.

Tahun 2015 merupakan ulang tahun ke-50 penubuhan Singapura, di samping ulang tahun ke-25 penjalinan hubungan diplomatik China-Singapura. Sehubungan dengan itu, masa aktiviti "Sungai Hongbao" telah dipanjangkan selama 12 hari. Selain adat istiadat tradisional sambutan Tahun Baharu Cina, unsur-unsur yang bercirikan Singapura turut diserap dalam pesta tanglung pada tahun ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China