Cari:
Kedutaan China di Malaysia Adakan Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina
2015-02-18 15:32:57 CRI Cetak

Kedutaan China di Malaysia mengadakan majlis sambutan Tahun Baharu Cina di Hotel Shangri-La Kuala Lumpur malam kelmarin. Lebih 600 tetamu menyertai majlis tersebut termasuklah pegawai kerajaan Malaysia, tokoh-tokoh terkenal daripada pelbagai kalangan masyarakat Malaysia, pemimpin persatuan Cina, wakil-wakil pertubuhan persahabatan, agensi berita, diplomat pelbagai negara ke Malaysia serta wakil institusi China dan pelajar China ke Malaysia.

Duta Besar China ke Malaysia, Huang Huikang, mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada para tetamu. Beliau menyanjung tinggi hasil cemerlang perkembangan hubungan China dan Malaysia sejak kedua-dua negara menjalinkan hubungan diplomatik pada 40 tahun yang lalu. Beliau turut menghargai tokoh-tokoh dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berusaha mempererat persahabatan kedua-dua negara dan menggalakkan kerjasama saling menguntungkan dalam pelbagai bidang. Beliau berharap situasi politik kedua-dua negara stabil, ekonomi berkembang secara berterusan dan rakyat hidup sejahtera.

Dalam majlis itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup yang mewakili kerajaan Malaysia mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada rakyat China dan orang Cina di Malaysia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China