Cari:
Hishammuddin: Malaysia, Myanmar Setuju Ancaman IS Bersifat Nyata
2015-02-21 14:55:22 CRI Cetak

Malaysia dan Myanmar bersetuju bahawa ancaman kumpulan militan Negara Islam (IS) bersifat nyata dan IS mungkin cuba menerapkan ideologinya di kawasan-kawasan yang bergolak di rantau ASEAN.

Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kedua-dua negara juga bersetuju bahawa negara anggota ASEAN harus mempertingkatkan kerjasama terutama di bawah platform Mesyuarat Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) untuk mengekang ancaman itu.

Hishammuddin, yang berada di Myanmar untuk siri lawatan ke negara ASEAN sebagai pengerusi ADMM, mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya Lt. Jen. Wai Lwin semalam, dan berbincang tentang bagaimana untuk menangani cabaran keselamatan yang meningkat di rantau ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China