Cari:
Rangka QZ8501 Mula Piperiksa
2015-03-03 12:16:55 CRI Cetak

Rangka badan utama pesawat AirAsia QZ8501 yang terhempas di Laut Jawa Indonesia pada Disember lalu akan diserahkan kepada Jawatankuasa Nasional negara itu bagi Keselamatan Pengangkutan di pelabuhan Tangjung Priok, untuk pemeriksaan lanjut.

Jurucakap Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) Indonesia, Dianta Bangun, seperti yang dipetik agensi berita Antara berkata, bahagian badan utama pesawat itu akan dibawa dari Selat Karimata ke Tanjung Priok menggunakan kapal Crest Onyx.

Sejak bahagian terakhir badan utama pesawat itu dikeluarkan, Basarnas secara rasmi menghentikan operasi mencari dan menyelamat pesawat itu kelmarin. Menurut Basarnas, adalah tidak mungkin bagi mereka untuk menemukan penumpang yang masih lagi hilang.

Pesawat AirAsia QZ8501 yang membawa 162 penumpang terhempas di Laut Jawa dalam cuaca buruk semasa dalam penerbangan dari Surabaya Indonesia ke Si­ngapura dengan kesemua penumpang dipercayai terbunuh. Kira-kira 103 mayat telah ditemukan sejak pesawat itu terhem­pas dengan 97 daripada mayat itu telah dikenal pasti.

(Sumber dari Utusan Malaysia)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China