Cari:
Malaysia Tahan 58 Pelampau IS
2015-03-05 12:52:14 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Polis Diraja Malaysia semalam mendedahkan bahawa seramai 71 orang pelampau yang disyaki terlibat dalam kumpulan militan Negara Islam (IS) telah ditahan sejak tahun 2013 sehingga kini, dan 58 orang daripadanya adalah warga Malaysia.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas, Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay dalam sidang media yang diadakan pada hari itu berkata, kini, 61 orang telah disahkan ke Syria untuk menyertai IS. Kebanyakan mereka pemuda yang berumur 20 tahun ke atas dan yang paling muda adalah seorang remaja perempuan hanya berumur 14 tahun. Menurut statistik, sekurang-kurangnya 10 buah keluarga Malaysia telah pergi ke Syria untuk menyertai IS.

Ayub Khan berkata, pihak polis Malaysia mengadakan kerjasama dengan polis antarabangsa, jabatan imigresen serta jabatan pengangkutan jalan untuk membekukan aset individu yang menyertai IS dan menarik balik pasport mereka.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China