Cari:
Pengganas Asing Terbunuh di Filipina
2015-03-10 16:21:01 CRI Cetak

Tentera Filipina membunuh 56 anggota militan termasuk seorang suspek pengganas asing yang dikehendaki Amerika Syarikat (AS) sepanjang operasi menggempur pemberontak di selatan negara itu sejak bulan lalu.

Menurut jurucakap tentera, Brigedier Jeneral Joselito Kakilala, seorang anggota militan memiliki rupa seperti warga asing dan menyerupai suspek pengganas yang diburu AS. Namun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai identiti suspek itu.

Dimaklumkan, operasi berkenaan dilancarkan bagi memburu pemberontak daripada Barisan Pembebasan Islam Bangsamoro (BIFF) di wilayah Mindanao.

Empat anggota BIFF turut ditahan dan 33 lagi cedera dalam operasi yang dijangka berakhir hujung minggu ini.

Pihak tentera turut menawan beberapa kilang yang digunakan pemberontak untuk membuat bom.

(sumber Utusan Online)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China