Cari:
ASEAN Perlu Tingkatkan Usaha Perangi IS
2015-03-10 16:24:36 CRI Cetak

Malaysia yang juga Pengerusi ASEAN 2015 menekankan kepentingan pertubuhan serantau tersebut meningkatkan usaha memerangi kumpulan militan Negara Islam (IS) dengan mengukuhkan lagi kerjasama ke­selamatan dan perisikan.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman semalam berkata, ASEAN dan dunia mesti berwaspada mengenai ancaman IS yang jauh lebih bahaya berbanding dengan kumpulan pengganas lain.

Menurut beliau, ancaman IS perlu diatasi secara komprehensif dan bukannya bergantung pada penggunaan senjata semata-mata. Laporan media bahawa penyokong IS berasal dari lebih 80 negara termasuk dari rantau ASEAN menunjukkan risiko IS mele­bar­kan sayapnya ke rantau ini adalah sahih.

Anifah berkata, Malaysia sedia ber­­kongsi pengalaman mengenai ca­ra untuk menghadapi fahaman pe­lampau dan mengekalkan keharmonian antara agama berlai­nan. "Malaysia mungkin bukan mo­del yang sempurna, tetapi komitmen kita terhadap prinsip kepelbagaian adalah jelas," katanya.

(sumber diubah suai dari Utusan Online)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China