Cari:
Chong Wei Dibicarakan 11 April
2015-03-11 14:33:43 CRI Cetak

Datuk Seri Mohamad Norza Za­karia

Kes doping Datuk Lee Chong Wei akhirnya akan dibicarakan pada 11 April nanti, hampir lima bulan selepas didapati positif dalam ujian yang dilakukan ketika menyertai Kejohanan Dunia November lalu.

Selepas beberapa kali ditangguhkan, kes itu akan dibicarakan di Amsterdam, Belanda di hadapan tiga ahli panel Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Za­karia yang mengumum­kan hal itu dalam sidang media di Kuala Lumpur semalam berkata, keputusan perbicaraan bekas pemain no. 1 dunia itu mungkin diperoleh pada hari yang sama atau paling lewat dalam masa tiga hari.

Sekiranya BWF tidak dapat membuat keputusan pada hari tersebut, mereka dijangka memerlukan sekurang-kurangnya satu atau tiga hari untuk memberi jawapan.

Chong Wei digantung sementara oleh BWF setelah keputusan sampel B dalam ujian doping yang dilakukan di makmal Hospital Universiti Oslo, Norway pada 5 November lalu disahkan positif mengandungi dadah dexamethasone. Dia didapati positif ketika bertanding dalam Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark pada Ogos tahun lalu.

(sumber diubat suai daripada Utusan Online)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China