Cari:
Tuala MAS Ditemukan di Pantai Australia
2015-03-11 14:39:32 CRI Cetak

Sebungkus tuala kecil tertera logo syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) ditemukan di pantai di Barat Austra­lia, empat bulan selepas pesawat MAS MH370 dilaporkan hilang pada 8 Mac tahun lepas.

Portal berita Daily Mail yang memetik Nine News melaporkan, tuala lembap itu ditemukan oleh sepasang suami isteri yang sedang bersiar-siar di pantai Thirsty Point di Cervantes, 200 kilometer dari utara Perth, pada Julai lalu.

Pasangan itu menemukan bungkusan itu dalam keadaan tidak terbuka dan tanpa sebarang kerosakan.

Akhbar Daily Telegraph me­laporkan, pakar percaya terdapat kemungkinan bungkusan kecil seperti tuala itu boleh dihanyutkan dalam jarak jauh tanpa mengalami sebarang kerosakan.

Nine News juga melaporkan bahawa tuala tersebut telah dihantar ke Canberra untuk dianalisis untuk menentukan sama ada terdapat kaitan dengan misteri kehila­ngan pesawat MH370.

Dalam pada itu, penyiasat berkata, penemuan tuala tersebut mungkin tidak mempunyai kaitan dengan misteri kehilangan pesawat berkenaan.

(sumber Utusan Online)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China