Cari:
Ekonomi Malaysia Terus Kukuh
2015-03-12 14:35:21 CRI Cetak

Ekonomi Malaysia diunjurkan berkembang kukuh antara 4.5 hingga 5.5 peratus pada tahun ini, dipacu oleh permintaan dalam negeri dan perbelanjaan sektor swasta.

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz berkata, pertumbuhan dijangka berterusan dan menyeluruh membabitkan semua sektor ekonomi seperti perkhidmatan, perkilangan dan pembinaan yang mencakupi lebih dua pertiga daripada ekonomi.

Ketika membentangkan Laporan Tahunan 2014 BNM di Kuala Lumpur semalam, beliau berkata, peralihan dalam aktiviti ekonomi di bawah penstrukturan semula mewujudkan struktur ekonomi yang lebih pelbagai dan pasaran serta sistem kewangan berdaya tahan yang dibangunkan dengan baik dan menyokong pertumbuhan.

Selepas lima tahun berturut-turut mencatat pertumbuhan melebihi kadar pertumbuhan purata, penggunaan swasta diunjurkan berkembang pada kadar 6 peratus tahun ini.

Sementara pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan perolehan lebih rendah dalam sektor berkaitan komoditi dijangka memberi kesan kepada perbelanjaan.

(sumber Utusan Online)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China