Cari:
Malaysia, Myanmar Mansuh Visa Bagi Pegawai Kerajaan, Ahli Perniagaan
2015-03-14 14:13:30 CRI Cetak

Malaysia dan Myanmar mengorak langkah positif ke arah lawatan tanpa visa bagi pengunjung kedua-dua negara apabila masing-masing bersetuju mengecualikan syarat dokumen perjalanan itu untuk penjawat awam dan ahli perniagaan.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, keputusan itu bermakna kakitangan kerajaan dan ahli perniagaan yang disahkan oleh dewan perniagaan kedua-dua negara tidak lagi perlu memohon visa ketika melawat Malaysia atau Myanmar.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat dua hala delegasi Malaysia dan Myanmar, masing-masing diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Myanmar, U Thein Sein di Bangunan Perdana Putra semalam.

Menurut beliau, ini merupakan satu permulaan dan pengecualian visa yang akan diperluas kepada pemegang pasport yang lain (bukan penjawat awam dan ahli perniagaan) secara berperingkat-peringkat.

(sumber Utusan Online)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China