Cari:
Jepun Berminat Sertai Pembinaan Kereta Api Laju Malaysia-Singapura
2015-03-17 12:14:16 CRI Cetak

Jepun menunjukkan minat yang bersungguh-sungguh untuk terlibat dalam membekalkan gerabak kereta api berkelajuan tinggi (HSR) antara Malaysia dan Singapura.

Minat itu dizahirkan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang membuat lawatan ke Jepun pada 14 Mac lalu.

Abe memberi gambaran dan isyarat bahawa sistem pengangkutan HSR di negara itu yang diterajui pengurusan Shinkansen memiliki kepakaran dan teknologi tinggi yang mampu memenuhi kehendak Malaysia dan Singapura.

Pada 2013, Malaysia dan Singapura mencapai persetujuan untuk membina landasan kereta api laju menjelang 2020. Projek yang melibatkan jarak 330 kilometer itu dianggarkan menelan kos sebanyak USD12 bilion (RM40 bilion).

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China