Cari:
Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2015 Dirasmikan
2015-03-17 16:00:22 CRI Cetak

Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2015 membuka tirainya hari ini apabila secara rasmi dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sebaik-baik sahaja Perdana Menteri selesai berucap, pesawat pengangkut Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang baharu, A400M melakukan lintas udara.

Najib ketika berucap berkata, LIMA kali ini akan melancarkan Pelan Tindakan Industri Aeroangkasa 2030 yang menyasarkan Malaysia menjadi negara nombor satu di rantau ini dalam industri ini.

Kata beliau ketika berucap dalam majlis perasmian di Pusat Pameran Antarabangsa Langkawi (MIEC) di sini, sejak pelan tindakan pertama dilaksana pada pada 1997, industri pertahanan menjana keuntungan RM19 bilion, pelaburan berjumlah RM4.2 bilion dengan penawaran 20,000 peluang pekerjaan.

-- UTUSAN ONLINE

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China