Cari:
China, Thailand Bersedia Perkasakan Kerjasama
2015-03-25 15:22:13 CRI Cetak

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) China, Zhang Dejiang, mengadakan rundingan dengan Pengerusi Majlis Perundangan Thailand, Pornpetch Wichitcholchai.

Zhang berkata, Thailand sebagai anggota utama ASEAN dan juga negara penting sepanjang laluan sutera maritim, giat memperkukuh dan memperluas kerjasama bilateral dalam menghadapi peluang, prospek dan kepentingan yang baharu. Bersempena dengan ulang tahun ke-40 terjalinnya hubungan diplomatik China-Thailand pada tahun ini, kedua-dua negara perlu mendorong persepakatan dan persahabatan rakyat China-Thailand, meningkatkan penyelarasan dalam hal ehwal serantau, bersama-sama memperkasakan kerjasama China-ASEAN dan memelihara keamanan, kestabilan dan kemakmuran serantau bahkan dunia.

Tambah Zhang, Jawatankuasa Tetap NPC amat mementingkan hubungan persahabatan dengan Majlis Perundangan Thailand, dan bersedia untuk terus mengadakan pertukaran dan kerjasama bilateral, mendorong dan menyokong kerjasama dalam pembinaan landasan kereta api kedua-dua negara, memastikan pelaksanaan undang-undang dan jaminan undang-undang yang lengkap terhadap pelaburan dan kerjasama ekonomi dan perdagangan dua hala, meningkatkan dialog dan penyelarasan dalam pertubuhan parlimen antarabangsa demi memberikan sumbangan yang lebih besar untuk mengukuhkan hubungan China-Thailand.

Pornpetch menyatakan, keluarga diraja, kerajaan, parlimen dan pelbagai lapisan masyarakat Thailand sejak sekian lama mempunyai perasaan persahabatan dengan China. Usaha pembaharuan dan pembangunan Thailand sering mendapat sokongan China. Projek kerjasama landasan kereta api kedua-dua negara juga sedang dilaksanakan dengan baik. Majlis Perundangan Thailand bersedia untuk terus memperkasakan kerjasama dengan Jawatankuasa Tetap NPC China bagi mendorong persahabatan bilateral.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China