Cari:
Tokoh Politik Myanmar Seru Henti Perang Saudara
2015-03-26 14:32:19 CRI Cetak

Penamatan perang saudara antara perkara paling penting bagi mewujudkan kestabilan dan pembangunan di Myanmar.

Demikian kata Ketua Setiausaha Pertubuhan Kedamaian dan Awam Generasi 88, Ko Ko Gyi dalam temu bual dengan wartawan Agensi Berita Xinhua di Yangon semalam.

Menurut beliau, perang saudara di Myanmar telah berlarutan selama lebih 60 tahun. Kini, rundingan gencatan senjata di seluruh negara hampir selesai. Pihak-pihak terlibat perlu bersabar dan mempunyai pandangan yang jauh untuk melaksanakan dialog politik.

Tambah beliau, Myanmar merupakan sebuah negara yang berbilang kaum. Sistem persekutuan berdasarkan prinsip saksama antara pelbagai kaum perlu ditubuhkan. Rasa saling mempercayai adalah antara perkara penting dalam memastikan pelaksanaan gencatan senjata pada masa ini.

 

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China