Cari:
China, Indonesia Ikrar Perkasa Perkongsian Strategik
2015-03-27 10:33:35 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping mengadakan rundingan dengan rakan sejawatnya dari Indonesia, Joko Widodo (Jokowi), di Dewan Besar Rakyat, Beijing semalam. Pemimpin kedua-dua negara berikrar mengukuhkan perkongsian strategik komprehensif bagi menyumbang kepada keamanan, kestabilan dan kemakmuran serantau dan dunia.

Menurut Xi, China bersedia memanfaatkan sepenuhnya Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB) dan Tabung Laluan Sutera untuk menyokong Indonesia membangunkan "Lebuh Raya Maritim", serta giat menyertai pembinaan pelabuhan, landasan kereta api laju, lapangan terbang, pembuatan kapal dan zon ekonomi khas pesisir Indonesia.

Dalam pada itu, kedua-dua pihak perlu memperkasakan kerjasama dalam bidang maritim, ekonomi dan perdagangan, sumber tenaga, tenaga elektrik, pertanian, perikanan, sains dan teknologi serta aeroangkasa, di samping mempercepat pembinaan taman perindustrian yang komprehensif.

Jokowi pula berkata Indonesia mengalu-alukan penglibatan syarikat China dalam pembinaan infrastruktur dan zon ekonomi khas. Beliau berharap agar kedua-dua pihak dapat memperluas skop pertukaran mata wang, dan berusaha meningkatkan jumlah perdagangan bilateral kepada USD 150 bilion menjelang tahun 2020.

Beliau juga mengalu-alukan lebih banyak pelancong China melawat ke Indonesia bagi memperluas pertukaran sosiobudaya. Indonesia bersedia untuk mengukuhkan kerjasama dengan China dalam gerakan antirasuah dan antikeganasan, penguatkuasaan undang-undang serta usaha membanteras jenayah rentas sempadan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China