Cari:
Upacara Pengebumian Negara Mendiang Lee Kuan Yew
2015-03-29 17:21:43 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Upacara Pengebumian Negara untuk Mantan Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew diadakan di Singapura pada petang 29 Mac.

Keranda mendiang Lee Kuan Yew yang telah ditempatkan di bangunan Parlimen Singapura sejak 25 Mac lalu dibawa meninggalkan bangunan itu ke Pusat Kebudayaan Universiti (UCC) di National Universiti Singapura , iaitu tempat berlangsungnya upacara pengebumian. Perarakan pengebumian sepanjang 15 meter itu melalui beberapa kawasan utama Singapura bagi orang ramai memberi penghormatan terakhir kepada Lee Kuan Yew.

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, Presiden Singapura, Tony Tan Keng Yam dan Menteri Kanan Kehormat Singapura, Goh Chok Tong dan wakil-wakil yang lain menyampaikan ucapan takziah dalam upacara pengebumian tersebut.

Upacara pengebumian itu turut dihadiri pemimpin dan ahli politik pelbagai negara dan sahabat-sahabat mendiang Lee Kuan Yew.

Naib Presiden China, Li Yuanchao sebagai utusan khas bagi Presiden China, Xi Jinping telah menghadiri upacara pengebumian tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China