Cari:
Titik Permulaan Baharu Kerjasama China-ASEAN
2015-04-01 15:20:02 CRI Cetak

Ahli Dewan Negara China, Yang Jiechi menyifatkan "Tahun Kerjasama Maritim China-ASEAN" yang dilancarkan sempena berlangsungnya Forum Asia Boao di Hainan baru-baru ini sebagai titik permulaan baharu kerjasama China-ASEAN dalam tempoh tahun ini.

Yang ketika menyampaikan ucapan dalam forum itu berkata, kerjasama pragmatik antara China dengan ASEAN bakal merangkumi bidang ekonomi maritim, kesalinghubungan laut, penyelidikan tentang perlindungan alam, keselamatan di laut dan budaya maritim, antaranya termasuk menubuhkan pusat kerjasama maritim China-ASEAN, membuka talian penting bantuan kecemasan laut, mendirikan institut maritim China-ASEAN dan lain-lain. China berharap agar kerjasama itu dapat menjadi tumpuan utama dan penjana baharu kepada pengembangan hubungan China-ASEAN, malah contoh kepada pembinaan Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21.

Laluan Sutera Maritim, yang menyambungkan empat laut besar di dunia, merentangi benua Eropah dan lingkaran ekonomi Asia Pasifik, terarah kepada negara-negara Asia Tenggara, menggabungkan Asia Selatan, Asia Barat malah Afrika dan terbentang luas hingga ke Laut Pasifik Selatan itu, melibatkan kerjasama pelbagai dimensi termasuk pengangkutan, penerokaan sumber, pelancongan, pencegahan bencana, penguatkuasaan undang-undang dan pembinaan zon ujian ekonomi maritim, taman perindustrian pesisir serta pangkalan pembangunan modal insan.

Yang Jiechi menasihati kerajaan China supaya mendengar suara dunia termasuk negara-negara ASEAN demi memacu pembinaan Laluan Sutera Maritim. Menurut beliau, kesalingpercayaan, percantuman dan tuaian awal adalah inti pati dalam merealisasikan gagasan itu.

Mengenai kesalingpercayaan, Yang berkata, Laluan Sutera Maritim, yang dianggap hasil awam milik semua negara, bukannya satu alat politik, melainkan menyasarkan kerjasama ekonomi dan kebudayaan dan tidak melibatkan isu-isu yang menjadi pertikaian. Manakala, percantuman merujuk kepada pihak-pihak terbabit mencari titik persamaan untuk menggubal pelan bersama berasaskan prinsip saling menghormati. Menyentuh tentang tuaian awal, Yang turut menjelaskan, hanya dengan seawal mungkin memanfaatkan keuntungan daripada Laluan Sutera Maritim, negara-negara terbabit baru dapat mencurahkan lebih banyak tenaga dalam program tersebut. China berharap dapat menggembleng tenaga negara-negara sepanjang laluan berkenaan untuk menetapkan projek ujian dan menjayakannya sedapat mungkin. Dokumen kerjasama antara kerajaan mengenai pembinaan bersama Laluan Sutera Maritim diharap dapat ditandatangani bagi memudahkan penyusunan rancangan kerjasama.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China