Cari:
China dan ASEAN Corak Masa Depan
2015-04-02 14:00:54 CRI Cetak

Menteri Luar China, Wang Yi ketika berucap pada Forum Asia Boao di Hainan 28 Mac lalu menghuraikan bahawa Komuniti ASEAN yang siap dibentuk menjelang penghujung tahun ini, satu petanda signifikan dalam penyepaduan Asia, akan mencipta peluang baharu kepada China dan ASEAN untuk mewujudkan Komuniti Berkongsi Nasib, sekali gus mencorakkan masa depan hubungan kedua-dua pihak.

Wang Yi berkata, hubungan antara China dengan Asia Tenggara sudah terjalin sejak sekian lama dan kedua-duanya adalah rakan kerjasama yang wajar jika dilihat dari segi lokasi geografi. Inisiatif "Komuniti Berkongsi Nasib" yang diketengahkan Presiden Xi Jinping semasa lawatan beliau ke Indonesia, Oktober tahun 2013 dan "Rangka Kerjasama 2+7" yang disyorkan Perdana Menteri Li Keqiang pada Mesyuarat Pemimpin China-ASEAN di Brunei Darussalam dianggap menentukan hala tuju perkembangan hubungan China-ASEAN.

Beliau menjelaskan, kesalingpercayaan yang kuat dari segi politik dan urusan keselamatan menjamin hubungan China-ASEAN terus berkembang dengan mantap. Demi matlamat itu, usaha membincangkan dan menandatangni Perjanjian Kerjasama Kejiranan China-ASEAN harus dipergiat bagi menyediakan jaminan yang kuat kepada hubungan kedua-dua pihak dari segi undang-undang. Selain itu, kepentingan bersama juga perlu diperluas sehingga China dan negara-negara ASEAN dapat memanfaatkan Zon Perdagangan Bebas yang dinaiktarafkan dan rundingan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang bakal dicapai konsensus menjelang penghujung tahun ini. Sementara itu, kedua-dua pihak terus memanfaatkan Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) untuk merealisasikan matlamat nilai perdagangan dua hala bagi tahun ini mencecah USD 500 bilion dan USD 1 trilion bagi tahun 2020.

China sedia berserta negara-negara ASEAN untuk membina Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21 dan bersama-sama mencorakkan masa depan. Langkah-langkah seperti mengusahakan projek-projek infrastruktur, mewujudkan kesalinghubungn dalam pelbagai sektor serta menjayakan Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB) akan dipacu supaya kesemua gagasan tersebut menjadi realiti.

Tahun ini merupakan "Tahun Kerjasama Maritim China-ASEAN". Pihak-pihak berkenaan dinasihati supaya merebut kesempatan ini untuk memperkasakan kerjasama maritim dan menjadikannya tumpuan utama dan penjana baharu kepada hubungan China-ASEAN, malah tonggak penting dalam pembinaan Laluan Sutera Maritim.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China