Cari:
China,Thailand Sedia Eratkan Hubungan Persahabatan
2015-04-04 14:46:39 CRI Cetak

China dan Thailand adalah adik-beradik, jiran dan kawan yang baik, kerjasama dan pertukaran lawatan dalam pelbagai bidang amat berhasil. Demikian dinyatakan Naib Presiden China, Li Yuanchao ketika ditemui puteri Thailand, Maha Chakri Sirindhorn di Beijing semalam.

Li Yuanchao menyatakan bahawa puteri Maha Chakri Sirindhorn dan keluarga diraja Thailand telah memberikan sumbangan yang penting kepada perkembangan hubungan persahabatan China-Thailand. China menumpukan perhatian terhadap hubungan bilatral. Sempena ulang tahun ke-40 terjalinnya hubungan diplomatik kedua-dua negara, China bersedia memperkukuh hubungan persahabatan tradisional disamping memperkasakan kerjasama dalam bidang kebudayaan, pendidikan dan landasan kereta api agar hubungan kedua-dua negara berkembang secara terus, sihat dan stabil.

Puteri Maha Chakri Sirindhorn menyatakan rasa gembira kerana melawat Beijing lagi sempena ulang tahun ke-40 terjalinnya hubungan diplomatik China-Thailand dan akan terus berusaha untuk mengembangkan hubungan persahabatan dan meningkatkan pertukaran sosiobudaya antara kedua-dua negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China