Cari:
POTA Bukan ISA Kedua
2015-04-09 14:34:43 CRI Cetak

Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa Undang-undang Pencegahan Keganasan (POTA) 2015 yang bertujuan untuk membanteras kegiatan keganasan di negara ini dan diluluskan oleh Parlimen semalam tidak sama dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah dimansuhkan.

Muhyiddin yang berada di Jakarta, Indonesia dalam rangka lawatan rasmi tiga hari bermula semalam berkata, undang-undang baharu itu tidak memberi kuasa kepada Menteri Dalam Negeri untuk menahan seseorang yang disyaki, tetapi diputuskan oleh panel bebas yang dilantik dan diketuai oleh bekas hakim.

Sehubungan dengan itu, beliau menegaskan, dakwaan sesetengah pihak bahawa POTA adalah ISA kedua tidak benar sama sekali kerana POTA dirangka khusus untuk menangani masalah keganasan yang melibatkan rakyat Malaysia.

Kerajaan mencadangkan POTA kerana mendapati terdapat keperluan satu undang-undang khas bagi membanteras kegiatan keganasan di negara ini, malah sejak kebelakangan ini, terdapat rakyat Malaysia terbabit dengan kegiatan militan di luar negara.

(sumber diubah suai daripada Utusan Online Malaysia)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China