Cari:
PM Najib Terbuka kepada Kritikan
2015-04-10 14:24:33 CRI Cetak

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau terbuka kepada sebarang kritikan daripada mana-mana pihak terhadap kepimpinannya.

Namun, menurut beliau, kritikan itu seharusnya dibuat secara berhemah dan bertanggungjawab.

Sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO, beliau akan mengutamakan kepentingan rakyat dan parti itu dalam membuat sesuatu keputusan.

Najib semasa diwawancara dalam program Soal Jawab TV3 Edisi Khas yang disiarkan malam tadi ditanya mengenai kritikan mantan PM Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap kepimpinannya baru-baru ini.

Dalam pada itu, Najib membalas, beliau tetap menghormati Dr Mahathir seperti mana beliau menghormati rakyat Malaysia yang lain.

(sumber dari BERNAMA)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China