Cari:
Mesyuarat Peringkat Menteri AAC di Jakarta
2015-04-20 17:15:39 CRI Cetak

Mesyuarat Peringkat Menteri Persidangan Asia-Afrika (AAC)diadakan di Jakarta hari ini sebagai persiapan untuk Sidang Kemuncak Asia-Afrika dan aktiviti memperingati ulang tahun ke-60 Persidangan Bandung. Delegasi dari 88 buah negara Afrika dan Asia menghadiri mesyuarat tersebut, termasuk delegasi China yang diketuai oleh Naib Menteri Luar, Liu Zhenmin.

Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi ketika berucap dalam mesyuarat itu berkata, aktiviti memperingati ulang tahun ke-60 Persidangan Bandung bakal memberikan tumpuan kepada perbincangan tiga dokumen yang masing-masing mengenai sokongan kepada Palestin, usaha mengukuhkan perkongsian strategik model baharu Asia-Afrika dan semangat Bandung.

Menurut beliau, Asia dan Afrika kini berdepan dengan pelbagai cabaran baharu, termasuk keganasan, kemiskinan dan konflik. Semangat Bandung yang ditekankan semula dalam mesyuarat tersebut dipercayai akan membantu memperkasakan kerjasama selatan-selatan, dan membawa kepada situasi menang-menang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China