Cari:
Sidang Kemuncak Asia-Afrika Bermula
2015-04-22 18:41:23 CRI Cetak

Sidang Kemuncak Asia-Afrika (AAS) dirasmikan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Jakarta pagi tadi sebagai sebahagian aktiviti untuk memperingati ulang tahun ke-60 Persidangan Bandung.

Turut hadir, pemimpin dari 34 buah negara Asia dan Afrika. Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi), Presiden China, Xi Jinping, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe menyampaikan ucapan dalam sidang kemuncak tersebut.

Dalam ucaptamanya, Jokowi berkata, Persidangan Bandung yang diadakan pada 60 tahun lalu bertujuan untuk mengejar kebebasan dan kemakmuran, yang menjadi inti pati semangat Bandung. Kini, masalah ketaksamaan dan keganasan di dunia menyebabkan tamadun yang berlandaskan keadilan, kesaksamaan dan kemakmuran masih di luar jangkauan.

Abe dalam ucapannya menyatakan rasa sesal atas Perang Dunia II. Beliau membuat komitmen bahawa Jepun akan mematuhi norma antarabangsa yang berkenaan, walau apa pun yang berlaku.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China