Cari:
Presiden Xi Tiba di Jakarta
2015-04-22 10:20:36 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping, tiba di Jakarta, Indonesia semalam untuk menghadiri Sidang Kemuncak Asia-Afrika dan majlis memperingati ulang tahun ke-60 Persidangan Bandung atas undangan Presiden Indonesia, Joko Widodo.

Sebelum ini, Presiden Xi telah membuat lawatan rasmi ke Pakistan. Beliau menyifatkan lawatan ini sangat berhasil dan membolehkan beliau merasai sepenuhnya rasa muhibah rakyat Pakistan terhadap China.

Perdana Menteri Pakistan, Mian Muhammad Nawaz Sharif menyatakan, lawatan Xi kali ini pasti mengukuhkan persahabatan tradisional antara kedua-dua negara. Pakistan akan bersama-sama dengan China melaksanakan hasil lawatan tersebut dan memperkaya komuniti berkongsi masa depan kedua-dua negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China